Kelas Advokasi (Building Resilience)
21 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniPada 20 Julai 2019 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Advokasi (Building Resilience). Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta tentang Building Resilience dalam dunia IT masa kini. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 2 hingga petang. Seramai 8 orang peserta yang hadir iaitu 3 peserta lelaki dan 5 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.
Pada sesi kelas petang ini, PI Rantau Panjang mendedahkan Advokasi dibawah topik Building Resilience kepada peserta yang hadir. Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta tentang Building Resilience serta keperluannya untuk peserta tahu. Yang mana Building Resilience meliputi tentang Buli Siber, Sexting, Pengantunan Dalam Talian, Ketagihan Internet dan juga Peranan Ibu Bapa terhadap aktiviti anak-anak dalam dunia siber era ini.
Impikasi daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi ini. Apa yang kami harapkan agar mereka dapat mengawal dan membawa diri mereka dalam era teknologi ini.
# KLIK DENGAN BIJAK
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: